Sunday, September 19, 2010

SAINS PERTANIAN

KOLEKSI KERTAS PERCUBAAN SPM 2010 BAGI SUBJEK SAINS PERTANIAN SUDAH BOLEH DIMUAT TURUN DI BLOG INI...

SILA PERGI KE KOLEKSI KERTAS SOALAN DI SEBELAH KANAN PAGE...

=)

Monday, September 6, 2010

*Selamat Hari Raya..

KAMI WAKIL DARI BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL,
SMK TMN JOHOR JAYA 2
MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, August 20, 2010

KHB - Pertanian


BAB: KOMPOS


APAKAH MAKSUD KOMPOS?
BAJA ORGANIK YANG DIBUAT DARIPADA SISA HAIWAN DAN SISA TUMBUHAN

KENAPA PERLUKAN SISA HAIWAN?
KERANA SISA HAIWAN ADA MIKROORGANISMA DAN BAKTERIA YANG BOLEH MENGURAI (itulah sebabnya keadaan kompos yang berjaya menjadi panas dan lembap, kerana transpirasi mikroorganisma)..

PENTING KE KOMPOS NI?
PENTING KERANA:
i) Dapat menggantikan penggunaan BAJA KIMIA
ii) Sebagai sungkupan pada tanaman
iii) Sebagai bahan untuk membina kompos yang baru

BERAPAKAH KETINGGIAN P?
1.2 M

BERAPAKAH LEBAR Q?
1.5 M





APAKAH BAHAN YANG BERTANDA X?
BAHAN KASAR (cth: BATANG JAGUNG)

APAKAH NAMA BAHAN UNTUK MENEUTRALKAN ASID?
KAPUR (diletakkan di tengah-tengah timbunan kompos)

APAKAH FUNGSI KAYU PENGUJI?
UNTUK MENGUJI KEJAYAAN KOMPOS

ada 3 keadaan kayu penguji:
i) KAYU PANAS DAN LEMBAP : kompos berjaya dibuat
ii) KAYU SEJUK DAN KERING: kompos perlu dibina semula
iii) KAYU PANAS DAN KERING: perlu dijirus air

PERLU TAK KITA MEMBALIK-BALIKKAN TIMBUNAN KOMPOS?
PERLU selepas 4 minggu kompos dibuat. Ini adalah kerana untuk mendapatkan penguraian yang sekata dan pengudaraan bagi timbunan kompos tersebut..

APAKAH SIFAT-SIFAT SESUATU TIMBUNAN KOMPOS ITU BERJAYA?
I) KOMPOS AKAN BERWARNA HITAM
II) TIDAK BERBAU

Monday, August 16, 2010

CONTOH ANALISIS HEADCOUNT dr Kak Hasza

Kepada guru-guru SMKTJJ2, anda bolehlah download contoh analisis headcount dari Kak Hasza di link di bawah...

click sahaja dan ikut arahan seterusnya...



Sebarang pertanyaan bolehlah dirujuk pada Pn Haszalilawaty di meja depan Bilik Guru..huhu


regards
shuk



Sunday, August 15, 2010

ISU-ISU SEMASA

BAJA KOMPOS: JIMAT, PRAKTIKAL, MENGUNTUNGKAN


Sampah sarap punca pencemaran alam sekitar
Melalui kitar semula kita boleh berjimat malah dapat menambah pendapatan sekiranya kita bijak dan kena dengan caranya.  Adakah kita terfikir hasil sisa lebihan makanan yang kita buang saban hari boleh dijadikan baja kompos. Untuk menghasilkan baja kompos ini, kita hanya perlu menyediakan satu kawasan khas bagi membolehkan sampah itu ditimbun dari hari kehari.
Malah, dengan amalan membuat baja kompos ini secara tidak langsung kita boleh menyelamatkan alam sekitar, ini kerana punca pencemaran alam sekitar yang paling ketara ialah melalui pembuangan sampah.
Selain itu juga, kita juga boleh mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau yang menjadi agenda utama kerajaan dalam menghijaukan negara. Mungkin selepas ini semuas sisa makanan yang hendak dibuang seperti buah-buahan, sayuran, kulit telur, rumput, daun-daun pokok, serbuk teh dan kopi dikumpulkan untuk kita jadikan baja kompos.
Bagi mendapatkan baja kompos yang lebih hebat untuk dijadikan baja asli kita juga boleh menggunakan sisa seperti tahi kuda, tahi kambing dan tahi ayam.
Bagi menghasilkan baja kompos ini kita hanya perlu timbunkan sisa-sisa makanan  pada satu tempat. Setiap hari sisa makanan yang dikumpul itu boleh dilapiskan dengan daun-daun kering. Dan bagi mengelakan dari hidupan liar atau anjing sampah tersebut boleh ditutup menggunakan jaring.
Proses ini akan mengambil masa yang panjang bagi membolehkan organisma termasuk cacing membantu penghuraian bahan buangan dalam menghasilkan nutrien dan baja. Proses ini akan siap sekiranya warna tanah telah bertukar hitam. Tanah tersebut perlu digemburkan dari semasa kesemasa bagi membolehkan berlakunya peredaran udara dan kelembapan pada timbunan baja kompos tersebut. 
Baja kompos ini juga mampu menjadi medium pembesaran yang kaya dengan humus dan nutrien dan merupakan bahan tambahan kepada tanah. Ia juga merupakan bahan penyerap yang akan mengumpul kelembapan dan mineral terlarut sebagai sokongan dan nutrien kepada tumbuh-tumbuhan.

SUMBER: Pusat Maklumat Rakyat

Saturday, August 14, 2010

KHB - Pertanian

BAB : Landskap

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TERRARIUM (taman mini bekas tertutup)

LANGKAH-LANGKAH:

1) PILIH BEKAS

bekas mestilah jenis kaca lutsinar (untuk fotosintesis), tidak berwarna dan berpenutup

2) SEDIAKAN PELAN
- Perlu dilakar di atas kertas
- Saiz dan bentuk pelan mestilah sama dengan saiz dan bentuk bekas

3) MENYEDIAKAN BEKAS DAN ALATAN
- Bekas perlu dibersihkan dan dikeringkan

4) SEDIAKAN MEDIUM PENANAMAN.. terdiri daripada:

1. Pasir.. bukan istana pasir tau... =)
ATAU

2. Tanah.. tanah liat tidak sesuai kerana kurang menyerap air

3. Arang.. berfungsi sebagai penyerap bau busuk dan pembekal CO2
4. batu kerikil..

5) SEDIAKAN TUMBUHAN.. antara tumbuhan-tumbuhan yang sesuai:

Nephrolepis

Peperomia

Pilea

Episcia



6) MENANAM TUMBUHAN..











7) MELAKUKAN PENJAGAAN:
- siram air jika nampak terlalu kering (tumbuhan akan melakukan proses transpirasi, wap air akan terhasil, jadi sumber air sentiasa ada sepatutnya)
- letak ditempat teduh untuk mengelakkan bekas terlalu panas
- pastikan bekas dijaga jangan sampai berkabus atau kotor


SEACARA RINGKAS GAMBARAN MEMBUAT TERRARIUM:


SELAMAT MENCUBA!!!!

Friday, August 13, 2010

PERMULAAN

KAMI GURU-GURU SMK TMN JOHOR JAYA 2, BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL TERPANGGIL UNTUK MEMBUAT BLOG INI UNTUK BERKONGSI SERBA SEDIKIT ILMU DAN PENGETAHUAN SERTA ANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG KAMI RANCANG UNTUK MEMANTAPKAN BIDANG KAMI...

JUSTERU, DIHARAPKAN BLOGGER LAIN DAPAT BERKONGSI IDEA, PENGALAMAN SERTA BAHAN-BAHAN UNTUK SAMA-SAMA BERJAYA DI DALAM KERJAYA

KEMAHIRAN PENJANA KECEMERLANGAN KERJAYA...